24 Mei 2021 (Isnin)
11:00pg - 12:30tgh (Malaysian Standard Time)
Panel:
Dr. Mohd. Khairy Bin Kamarudin, Pensyarah Kanan, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
Dr. Muhammad Ikhlas bin Rosele, Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Moderator:
Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia
LATAR BELAKANG
Berdasarkan statistik pada tahun 2020, dianggarkan sebanyak RM70 billion harta pusaka di Malaysia tergantung atau tidak dituntut sehingga menjadi harta beku. Dengan majoritinya dimiliki oleh umat Islam, perkara ini sangat membimbangkan serta mendatangkan impak kerugian yang besar kepada ekonomi umat Islam hari ini. Sekiranya harta dengan jumlah yang sebegitu besar dapat dicairkan dan diuruskan dengan baik, ia diyakini mampu menjadi pemangkin penting dalam menggerakkan aktiviti ekonomi umat Islam di Malaysia.
Justeru itu, kesedaran terhadap aspek perancangan dan pengurusan harta pusaka ini perlu dipandang serius dan dititiberatkan. Sebagai contoh, isu pengagihan harta pusaka kepada waris si mati yang berhak perlu dilakukan dengan secepat mungkin. Hal ini bagi menyelesaikan kemelut antara ahli keluarga si mati serta membuang stigma dan tabu dalam kalangan masyarakat, yang memandang sinis perbuatan menyegerakan pembahagian harta pusaka kerana dianggap tidak menghormati si mati atau pewaris yang baru saja meninggal dunia.
Tonton webinar ini di IAIS Malaysia Facebook Page

CONTACT INFORMATION
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.