Konvensyen Dialog Antara Agama Negeri Selangor 2022

Tema: “Tadbir Urus Baik Sebagai Teras Perpaduan Masyarakat Pelbagai Agama”
29 November 2022 (Selasa)
08:30am - 05:00pm (Malaysian Standard Time GMT +8)
 

poster interfaith2022 

PENGENALAN
Selangor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun di Malaysia serta mempunyai komposisi masyarakat berbilang bangsa dan agama. Dalam komposisi tersebut, sudah tentu terdapat pelbagai cabaran, kelebihan dan peluang yang melibatkan hubungan antara kaum di negeri ini. Namun, apa jua cabaran yang dilalui mampu dihadapi dan ditambahbaik sekiranya wujud tata kelola yang baik (good governance) dalam aspek pengurusan dan pentadbiran pelbagai institusi, daripada peringkat masyarakat sehinggalah ke pihak kerajaan. Tata kelola yang baik merangkumi prinsip-prinsip ketelusan, penyertaan, keterangkuman dan kebertanggungjawaban. Tata kelola yang baik sudah semestinya menjadi elemen penting dalam usaha menjamin kesejahteraan di Selangor dan juga di peringkat nasional. Ia dilihat selari dengan aspirasi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentangkan YAB Menteri Besar Selangor pada 27 Julai 2022, mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan.

Dengan itu, kertas kerja ini dirangka bagi mencadangkan beberapa langkah bertujuan menambah baik aspek tata kelola baik dan hubungan kemasyarakatan di Selangor melalui platform dialog antara agama. Melalui inisiatif ini, tokoh-tokoh pelbagai agama diharapkan dapat berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi pendapat, menyatakan inspirasi, memusatkan fokus dan peka akan sensitiviti masing-masing. Menjadi harapan para penganjur konvensyen tahunan ini agar wadah ini mampu menjadi pemangkin kepada penambahbaikan pengurusan berkaitan isu-isu masyarakat pelbagai kaum di Selangor dan di peringkat nasional amnya, dengan memupuk semangat muhibbah, saling memahami dan menghormati antara semua agama.

OBJEKTIF

  1. Sebagai platform antara pelbagai pemimpin agama di Selangor untuk berinteraksi dan berkongsi buah fikiran bagi membina saling kefahaman dan antara satu sama lain.
  2. Membincangkan prinsip-prinsip asas yang ada dalam pelbagai agama yang dapat mencetuskan perpaduan kaum yang lebih kukuh di negeri Selangor.
  3. Mendapatkan pencerahan berkenaan isu-isu sensitif yang menyentuh kepelbagaian kaum dan agama.
  4. Mencari titik persetujuan antara pemimpin pelbagai agama dalam menangani isu-isu kemasyarakatan di Selangor serta mencadangkan polisi-polisi yang bersifat praktikal.
  5. Mempromosikan Selangor sebagai negeri yang komited dengan agenda perpaduan antara agama di peringkat antarabangsa.

 PENGANJUR BERSAMA

  1. Majlis Perpaduan & Integrasi Negeri Selangor (MPIS)
  2. Pejabat Exco Perpaduan Kerajaan Negeri Selangor
  3. Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor
  4. International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia (IAIS Malaysia)
  5. Institute of Research and Development (IRDP)
  6. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (UMCCD)

 updated programme29NOV2022

 

FREE registration >> click here

or Watch it live on IAIS Malaysia's Facebook Page;

To download 2021 eBook Proceedings click the image below; 

cover2021

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 243 times