Forum Hari Malaysia 2021 "Perpaduan Dalam Semangat Keluarga Malaysia"

15 September 2021 (Rabu)
8:30 malam (Malaysian Standard Time)

 

PosterHariMalaysia 15SEP2021 

LATAR BELAKANG

16 September adalah satu tarikh yang amat simbolik dan bersejarah. Pada pagi tarikh tersebut 58 tahun yang lalu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengisytiharkan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Kejayaan membina negara Malaysia yang kita kecapi hari ini adalah suatu nikmat besar yang mungkin hanya menjadi impian sesetengah orang, terutamanya mereka yang hidup di negara-negara bergolak. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang dihuni oleh masyarakat pelbagai ras dan agama, justeru menjadi keutamaan setiap rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain, dan sentiasa berhati-hati dengan sensitiviti agama dan budaya masing-masing.

Malaysia yang tercinta ini dibina atas lima prinsip Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Ia bukan sekadar untuk dilafaz dan dihafal semata-mata, sebaliknya perlu dihayati setiap rakyat bagi mewujudkan kerukunan dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Dalam menongkah arus pemodenan, kita impikan sebuah masyarakat yang merdeka daripada belenggu pemikiran penjajah. Namun, ia tidak bermakna minda perlu dibiar bebas berfikir sehingga ada yang mempertikai dan meremehkan nilai-nilai yang mahu diterapkan melalui Rukun Negara. Hal ini mampu mencetuskan kekeliruan dan huru-hara dalam masyarakat.

Sambutan Hari Malaysia begitu penting untuk dihayati oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya generasi muda, bagi mengambil iktibar dan teladan atas perjuangan para perajurit dan wirawan terdahulu. Pada bahu generasi mudalah tergalas tanggungjawab untuk menentukan hala tuju masa depan negara yang sudah bebas berdaulat.

----------------------------
Tonton webinar ini di IAIS Malaysia's FB Page ......

 

CONTACT INFORMATION
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 62 times