Seminar Pemikiran Hamka: Fiqh Ta'ayyush Dalam Pembinaan Budaya & Bangsa

28 April 2018 (Sabtu) 9:30 pg - 1:00 tgh

Tempat: IAIS Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur, Malaysia.

 

28APR2018 hamka final

28.04.2018 seminar hamka

[click for more pictures]

ATURCARA

programme 28APR2018

PENGENALAN

Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Buya HAMKA merupakan seorang ulama dan ilmuwan tersohor Alam Melayu yang memberi impak besar kepada perkembangan ilmu dan dakwah di rantau ini. Dalam konteks Malaysia, sosoknya sangat dihormati dan karya beliau kerap ditekuni. Karya-karya bukan sekadar berlegar dengan mauduk keagamaan tetapi juga kesenian, pemikiran dan kebudayaan.

Drs. Afif HAMKA (Putera ke-9) bakal bertandang ke Malaysia pada 27hb April 2018 – 01hb Mei 2018 nanti. Kegiatan utama beliau akan berada di Kuching, Sarawak dan beliau akan berkunjung sebentar ke Kuala Lumpur pada 27hb-28hb April 2018. Bersempena dengan itu, kunjungan sebentar beliau ke Kuala Lumpur akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk berwacana, memperkenalkan sejarah hidup Buya HAMKA dan pemikirannya kepada masyarakat awam di Malaysia.

PENGANJUR BERSAMA

- Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia
- Persatuan Alumni Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (ALIM)
- Jejak Tarbiah

OBJEKTIF

1. Memperkenalkan gagasan pemikiran dan gagasan Buya HAMKA kepada masyarakat Malaysia.
2. Membahaskan permasalahan kontemporari dan penyelesaiannya menurut kerangka pemikiran HAMKA

PENUTUP

Pihak penganjur berasa berbesar hati dapat menampilkan Drs. Afif HAMKA yang mewakili keluarga Buya HAMKA untuk berkunjung lagi ke Malaysia kali ini. Kami mengharapkan agar acara seperti ini dapat dianjurkan secara berkala. Sebagai kelompok yang dipercayai oleh waris Buya HAMKA untuk membawa mereka ke Malaysia, kami mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak bagi memungkinkan agenda ini bakal dilangsungkan sebaiknya.

W’Allahu’alam.

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
 
Read 517 times