Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017– 60 Tahun Pasca Kemerdekaan ‘Menelusuri Cabaran, Melestari Masa Hadapan’

9 Ogos 2017

(Selasa)

Tempat: IAIS Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur, Malaysia.

   PosterSeminarKebangsaanMahkamahSyariah

 

29.08.2017 iais

[click for more pictures]

iais video

[click to watch video highlights of this event]

mahkamah keynote video

[click to watch keynote address]

1. PENDAHULUAN

Institusi mahkamah Syariah merupakan sebuah entiti penting dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Sejak dari fasa awal penubuhannya, institusi ini telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahbaikan yang mengukuhkan peranan dan bidangkuasanya. Pada awalnya institusi kehakiman Syariah terdiri daripada Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi sehinggalah pada era 1980-an entiti Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam. Kemudiannya pada era 1990-an kedudukan Mahkamah Syariah telah dipertingkatkan melalui penstukturan semula hierarki Mahkamah Syariah kepada tiga komponen penting iaitu Mahkamah Syariah, Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Perubahan yang lebih signifikan dalam institusi kehakiman Syariah di negara ini boleh dikatakan bermula dengan tertubunya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 1998 yang berperanan antara lain memperkemaskan mekanisme pentadbiran Mahkamah Syariah serta menyelesaikan isu ketidakseragaman keputusan Mahkamah Syariah akibat perbezaan yang wujud antara Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri.

Dalam realiti sosio-politik Malaysia dewasa ini, institusi Mahkamah Syariah berhadapan dengan cabaran yang besar setelah 60 tahun kemerdekaan Malaysia. Cabaran ini lahir daripada pelbagai faktor antaranya berikutan kepesatan pembangunan politik dan ekonomi, perubahan landskap sosio-budaya, serta perkembangan teknologi maklumat yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat ketika ini.  Sebagai contoh, isu petindihan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil masih menjadi masalah yang seakan tidak kunjung selesai khususnya dalam isu-isu yang kritikal seperti penukaran agama dan hak penjagaan anak bagi pasangan yang bertukar agama.

Menyedari hakikat ini, institusi Mahkamah Syariah perlu diperkasakan secara berterusan melalui beberapa aspek penting. Aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah pengukuhan bidangkuasa mahkamah Syariah agar tidak lagi dianggap berstatus lebih rendah berbanding Mahkamah Sivil. Dalam rangka mencapai hasil tersebut, beberapa aspek lain perlu juga diberi perhatian yang sewajarnya khususnya mengenai prnstrukturan semula Mahkamah Syariah, mempertingkatkan kualiti penghakiman,  pemerkasaan hakim wanita, pengukuhan latihan kehakiman Syariah serta mengukuhkan efisyensi pengurusan kes di Mahkamah Syariah.

2. OBJEKTIF

• Menyoroti dan menilai proses pengukuhan peranan dan bidangkuasa institusi Mahkamah Syariah setelah 60 tahun kemerdekaan Malaysia.
• Mengenal pasti pengaruh sosio-politik semasa dalam masyarakat Malaysia terhadap pembangunan dan perkembangan institusi Mahkamah Syariah.
• Meninjau pendekatan-pendekatan kontemporari dalam memperkukuhkan metodologi perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia 
• Mengenal pasti ruang transformasi dan penambahbaikan dalam aspek pentadbiran dan pembangunan institusi Mahkamah Syariah di Malaysia ke arah standard global.

3. PENGANJUR BERSAMA:

i. Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia
ii. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
iii. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
iv. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
v. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM)
vi. Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

6. ATURCARA

 programme 25aug2017

 

Muat turun Kertas Kerja dan Slaid Pembentangan di sini;

SESI 1

YBhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Hidayat bin Buang (Kertas Kerja)

YBhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Hidayat bin Buang (PowerPoint)

YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz (PowerPoint)

YBhg. Tuan Musa Awang (Kertas Kerja)

YBhg. Tuan Musa Awang (PowerPoint)

UCAPTAMA

Teks Ucaptama YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM

SESI 2

Ybhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil  (Kertas Kerja)

YBhg. Prof Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (PowerPoint)

Y.A. Puan Noor Huda Roslan (Kertas Kerja) 

Y.A. Puan Noor Huda Roslan (PowerPoint)

YBhg. Tuan Haji Azril Mohd. Amin (Kertas Kerja)

YBhg. Tuan Haji Azril Mohd. Amin (PowerPoint)

RESOLUSI Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah (SEMAHSYAR) 2017

 

<< Harap Maaf. Pendaftaran untuk seminar ini telahpun diTUTUP disebabkan penyertaan telah melebihi hadnya. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda >>

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Read 2193 times