Forum: Learning Loss di Malaysia: Memahami Isu dan Mencari Solusi

30 September 2021 (Khamis)
20:30 - 22:30am (Malaysian Standard Time)
 

30SEP2021 poster 

LATAR BELAKANG

Pandemik COVID-19 telah mewujudkan cabaran dalam sistem pendidikan negara dan dunia, yang selama ini bergantung kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka. Sejak Mac 2020, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diperkenalkan untuk mengambil alih fungsi PdP tradisional, dan ia memberi cabaran besar kepada para guru, para pelajar dan juga para ibubapa. 

Kemungkinan berlakunya ‘learning loss’ dalam kaedah PdPR semakin menjadi perhatian dan kebimbangan golongan para pendidik dan ibu bapa. ‘Learning loss’ boleh ditakrifkan sebagai hilangnya kemampuan akademik, pengetahuan atau keterampilan dalam kalangan pelajar. Jika tidak ditangani segera, ia bermungkinan memberi kesan kepada perkembangan individu dan masyarakat, malah dikhuatiri akan merencatkan pembangunan negara dalam tahun-tahun mendatang.

Resolusi pendidikan era baharu harus diformulakan segera, bermula dengan membentuk kompetensi guru sebagai penggerak utama dalam perlaksanaan pembelajaran atas talian. Ini termasuk perubahan pedagogi pengajaran daripada asinkron kepada sinkron (synchronous learning). Kajian empirikal juga penting bagi menentukan kaedah paling berkesan menangani isu ‘learning loss’ di Malaysia, agar komplikasi dalam dunia pendidikan negara dapat dielakkan. Selain itu, kemudahan capaian internet yang baik dan penyediaan peranti-peranti bagi tujuan pembelajaran, terutamanya kepada murid-murid yang memerlukan juga perlu disedia dan disegerakan.

‘Learning loss’ boleh diatasi dengan kerjasama cekap daripada pihak-pihak terlibat, bagi membentuk kesejajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, semasa mahu pun selepas era pandemik.

 

Tonton webinar ini pada 30 September 2021 (Khamis) pada 8.30 malam (UTC +8 Waktu Malaysia) di IAIS Malaysia Facebook Live

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 104 times