Forum Kemerdekaan "Perpaduan Dalam Rangka Pemulihan Negara Daripada Pandemik COVID-19"

30 Ogos 2021 (Isnin)
8:30pm (Malaysian Standard Time) / 7:30pm (Indonesia Time)
 

poster 30AUG2021 

 

LATAR BELAKANG
Malaysia dan Indonesia, dua buah negara majoriti Muslim berjiran yang bukan hanya berkongsi persamaan dalam aspek kepelbagaian kaum, agama dan budaya, bahkan berkongsi bulan kemerdekaan yang sama, iaitu pada Ogos. Indonesia merdeka daripada penjajahan asing pada 17 Ogos 1945, manakala Malaysia pula pada tanggal 31 Ogos 1957.

Wabak COVID-19 telah menyebabkan kerosakan besar terutamanya dalam aspek sosial dan ekonomi negara-negara di seluruh dunia. Malaysia dan Indonesia juga tidak terlepas dan kedua-dua negara masih bergelut dalam perjuangan membebaskan negara dari ‘penjajahan’ wabak tersebut. Barisan hadapan di kedua-dua negara, terutamanya para petugas kesihatan dilihat sebagai golongan paling penting dan kritikal dalam mempertahankan rakyat dari serangan COVID-19. Ianya perjuangan dan pengorbanan yang masih berterusan.

Di Malaysia, kita bukan hanya bergelut dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini, tetapi juga pergolakan politik yang boleh dikira antara paling sengit dalam sejarah politik Malaysia. Ini menjadikan perjuangan memerdekakan negara daripada cengkaman COVID-19 semakin mencabar dan panjang. Kestabilan politik amat diperlukan ketika negara sedang tenat dilanda pandemik.

Malaysia dan Indonesia terkenal sebagai negara dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Usaha untuk membebaskan negara masing-masing dari cengkaman wabak COVID-19 hanya mampu dilakukan sekiranya perpaduan dalam kalangan rakyatnya mampu direalisasi dan diperkukuhkan. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Justeru, perlawanan menentang COVID-19 ini menuntut perancangan rapi dan kerjasama jitu semua pihak, dari akar umbi masyarakat sehingga ke pucuk kepimpinan negara.

Peranan memperjuangkan kemerdekaan dan kemudiannya mengisi kemerdekaan tersebut amat sinonim dengan generasi muda. Perjuangan melawan COVID-19 dan pembinaan semula negara yang pada segenap sudutnya parah akibat serangan wabak tersebut, perlu kepada keterlibatan aktif generasi pemimpin muda yang sudah pastinya memiliki cara, idea dan formula yang lebih segar.

----------------------------


Tonton webinar ini di IAIS Malaysia Facebook

 

CONTACT INFORMATION
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 174 times