Print this page

Wanita & Cabaran Era Pandemik Menurut Perspektif Islam

Wanita & Cabaran Era Pandemik Menurut Perspektif Islam IAIS pic
12 Julai 2021 (Isnin)
08:30 malam- 10:30 malam (Malaysian Standard Time)
 

Education 01

Panelis:
1. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Jabatan Siyasah Shar’iyyah, APIUM
2. Prof. Dr. Saedah Siraj, Fakulti Pembangunan Manusia UPSI
3. Dr. Kartini Ilias, Jabatan Sains Kesihatan UiTM Puncak Alam

Moderator:
Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan CEO, IAIS Malaysia

Pandemik Covid-19 di seluruh dunia setakat ini belum reda sepenuhnya. Ia memberi kesan kepada aspek sosial dan kesejahteraan ekonomi dunia termasuk di Malaysia. Golongan wanita didapati amat terkesan dalam era pandemik ini. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja, dan ada juga yang melepaskan kerjaya masing-masing disebabkan penutupan sekolah dan pusat-pusat penjagaan harian. Perlaksanaan PdPR hari ini menuntut peranan dan perhatian para ibu, menyebabkan tekanan kepada sebahagian daripada mereka.

Dalam era yang mencabar ini, sesetengah golongan wanita turut berdepan risiko keganasan rumahtangga, eksploitasi, penderaan dan gangguan terutama semasa pelaksanaan kawalan pergerakan (PKP).

Agama Islam memberi penghormatan, perlindungan dan meletakkan status wanita pada kedudukan yang tinggi. Allah SWT menciptakan wanita dengan ciri-ciri fizikal, psikologi dan mental yang membolehkan mereka mampu untuk menggalas pelbagai tanggungjawab atau tugasan berbeza, sama ada di rumah atau tempat kerja.

Era penuh mencabar hari ini membuka ruang kepada kita untuk melihat bagaimana Islam menunjukkan cara kepada golongan wanita untuk menangani situasi yang mendesak jiwa dan fizikal mereka. Wanita hari ini membawa peranan sebagai anak, ibu, isteri, pekerja dan sebagainya. Mereka perlu terus kental bukan hanya untuk memastikan kekuatan moral dan fizikal diri sendiri, bahkan juga kepada seluruh ahli keluarganya.

Kami di IAIS Malaysia sangat prihatin dengan isu wanita dalam era pandemik ini. Melalui forum ini, kami mengetengahkan tiga orang tokoh wanita yang pakar dalam bidang masing-masing, bagi membincangkan solusi kepada permasalahan ini. Forum ini diadakan dengan kerjasama Fitwanita UIAM – sebuah projek komuniti mahasiswa UIAM dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Johor – yang bermatlamat mendidik masyarakat tentang penjagaan kesihatan secara holistik, dan menyediakan khidmat konsultansi berkenaan pemakanan dan senaman terutamanya kepada golongan wanita.

Tonton webinar ini di  IAIS Malaysia's Facebook Page
 
 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 325 times