Islamic Finance Talk Series Transformasi Digital dalam Lembaga Zakat Negeri Kedah: Pengalaman & Cabaran

26 January 2021
11:00am - 12:00pm (Malaysian Standard Time)

26JAN2021 poster

PEMBENTANG: YBhg. Tuan Syeikh Zakaria Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah

MODERATOR: Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia

 
LATAR BELAKANG
Zakat merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Antara hikmah dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat adalah bagi mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan berada kepada golongan yang kurang berada. Ibadah zakat juga memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dengan mengeluarkan zakat daripada harta mereka. Wang zakat yang dibayar mampu mengubah kehidupan asnaf fakir dan miskin untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. 

Program bual bicara ini akan mengetengahkan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, yang akan membicarakan secara terperinci mengenai inisiatif transformasi digital Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang menggunakan aplikasi Zakat on Touch (ZOT) yang dibangunkan oleh staf LZNK sendiri. Aplikasi ZOT telah terbukti memudahkan pihak pengurusan serta pembayar zakat, untuk memantau serta menyemak kutipan dan agihan zakat hanya dengan menggunakan telefon pintar. Hal ini berjaya meningkatkan ketelusan dan kecekapan pengurusan zakat.

Ikuti webinar ini di IAIS Malaysia Facebook Page pada 26 Januari 2021 (Selasa) pada jam 11.00 pagi.

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 144 times