Webinar: Kesan PKP Terhadap Kontrak Pekerjaan dan Perbankan di Malaysia

14 MAY 2020 (Thursday) 11:00am - 12:00pm
 

poster webinar 14MAY2020

 

Watch the webinar recording at IAIS Malaysia Facebook Page

 

Panelis 1: Syamsul Rijal Jamil , Konsultan/ Jurulatih, SMC Consulting Asia

Panelis 2: Apnizan Abdullah, Felo Penyelidik, IAIS Malaysia

Moderator: Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 telah memberi dimensi baru dan kesan terhadap landskap pengurusan sumber manusia dan hal-ehwal pekerjaan dan kontrak-kontrak yang telah dimeterai termasuklah kontrak perbankan. Webinar kali ini akan membincangkan impak/kesan PKP terhadap kontrak pekerjaan dan perbankan di negara kita.

Ini kerana PKP adalah satu langkah drastik yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu COVID-19 yang telah melanda kebanyakan negara di seluruh dunia. Sepanjang tempoh PKP, orang ramai tidak boleh keluar rumah tanpa ikut garis panduan. Kebanyakan premis perniagaan perlu ditutup kecuali beberapa sektor yang dikategorikan sebagai sangat perlu (essential service) dan akibatnya pekerja tidak dapat hadir ke tempat kerja. Ini amat menjejaskan kemampuan kewangan syarikat dan juga pekerja. Untuk membantu meringankan komitmen kewangan masyarakat, penangguhan bayaran bulanan pinjaman atau pembiayaan bank melalui skim moratorium turut diumumkan oleh Bank Negara Malaysia yang turut meraih pelbagai reaksi daripada masyarakat umum. Oleh itu, penting untuk kita melihat kesan perundangan terhadap kontrak pekerjaan dan perbankan.

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
 
Read 1599 times