Forum Kemerdekaan Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia

26 Ogos 2019 (Isnin) 9:30pg - 1:00tgh
 
Tempat: IAIS Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, Kuala Lumpur, Malaysia.

poster 02

[click here for more event pictures]

poster 03 latest 2

Malaysia dan Indonesia telah sekian lama menjalinkan hubungan diplomatik yang erat. Selain faktor geografi sebagai ahli keluarga Nusantara, kedua-dua negara ini turut mempunyai banyak persamaan dari sudut bahasa, budaya, adat resam dan ketamadunan, bahkan turut menyambut kemerdekaan dalam bulan yang sama, iaitu 31 Ogos 1957 bagi Malaysia dan 17 Ogos 1945 bagi Indonesia.  

Menyedari hakikat ini, Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU), Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI), Fakultas Hukum Universitas Islam Malang (UNISMA) dan INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH) telah menganjurkan Forum Bulan Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia 2019”.

Majlis ini diadakan bagi menyoroti perkembangan sejarah kedua-dua negara serta sumbangan tokoh ilmuan dan keagamaan Islam dalam menyemarakkan perjuangan kemerdekaan. Ia menampilkan empat orang tokoh ilmuan sebagai panelis forum:

  1. Dato' Dr. Mohd. Yusof Othman, Felo Utama Institut Islam Hadhari UKM & Penasihat Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Badawi (LEGASI)
  1. Fahmi Amrullah Hadzik, Pengasuh Ponpes Putri Tebuireng Jombang, cucu Hadrotussyaikh KH. Hasyim Asy'ari (Pengasas Nahdhatul Ulama)
  1. Datuk Dr Ahmad Murad Merican, Professor, Institut Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), UIAM
  1. Dr Kiai Haji Muhammad Hasan, Timbalan Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Madura Jawa Timur Indonesia

Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah Fahim merupakan ulama berpengaruh dan berwawasan jauh yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang. Ulama kelahiran Makkah ini dikatakan telah berguru dengan 42 orang ulama di sana. Beliau kembali ke tanah Melayu pads 1921 dan terus bergerak aktif mengajar agama kepada pelajar tempatan di rumah pusakanya di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Kelas pengajiannya telah menarik minat pelajar dari pelbagai pelosok termasuklah kepulauan Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Filipina, Pattani, Arab, India dan China.

DSC 6309 copy

Beliau telah menyuburkan semangat menuntut kemerdekaan di kalangan warga Tanah Melayu. Beliau juga telah memberikan dua cadangan penting yang diterima pakai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu:

  1. Cadangan agar rombongan kemerdekaan ke London yang diketuai oleh Tunku

Abdul Rahman menaiki kapal laut, berbanding kapal terbang. Ini bagi membolehkan ahli rombongan untuk berbincang dengan lebih lanjut dan membina keserasian.

  1. Mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu (Malaysia). Perkiraan ini bersangkutan dengan kemahiran Sheikh Abdullah Fahim di dalam ilmu falak.

Almarhum meninggalkan seorang anak iaitu Ahmad Badawi dan beberapa orang cucu, di antaranya ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Hadratus Syeikh KH Muhammad Hasyim Asy'ari pula merupakan cahaya mata kepada Kiai Asy'ari yang merupakan seorang pemimpin berpengaruh di Jombang, Jawa Timur. Bakat kepimpinan yg diwarisi Syeikh KH Muhammad Hasyim Asy'ari dari ayahnya jelas membekas di dalam peribadinya, dan terserlah sepanjang pengajiannya di beberapa pesantren, dan akhirnya di Mekah bersama ulama-ulama besar di sana.

Antara sumbangan utama KH Hasyim Asy'ari ialah:

  1. Mengasaskan pesantren Tebuireng yang menjadi seterusnya menjadi antara

pesantren terbesar di Jawa. Pesantren ini juga terkenal dengan pengajaran ilmu hadis.

  1. Mengasaskan gerakan Islam Nahdlatul Ulama pada 1926, yang kini menjadi

salah satu organisasi islam terbesar dan berpengaruh di Indonesia dengan keahlian anggota sekitar 90 juta.  

  1. Mendapat gelaran Pahlawan Nasional Indonesia daripada Presiden Soekarno

ada tahun 1964 atas jasa dan peranannya kepada pembentukan jati diri anak bangsa Indonesia dalam melawan penjajah berasaskan Islam.  

  1. Beliau bersama-sama ulama-ulama Jawa yang lain telah mengeluarkan fatwa

yang penting berkenaan jihad melawan penjajah Belanda di dalam Fatwa Resolusi Jihad pada 22 Oktober 1945. Fatwa Jihad ini dikatakan telah membangkitkan semangat bergelora melawan penjajah yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

KH Hasyim Asy'ari meninggalkan 14 orang anak dan beberapa orang cucu, di antaranya ialah, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, Presiden Indonesia yang ke-empat.

Forum Kemerdekaan Malaysia & Indonesia ini juga turut menyaksikan satu sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Insitut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia dan Fakultas Hukum Universitas Islam Malang (UNISMA) Indonesia.  Majlis ini turut dihadiri wakil Duta Besar Indonesia, Pak Agus Badrul Jamal (Atase Politik KBRI Malaysia) dan Puan Nurriha Ahmad (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Malaysia) mewakili YB Dato’ Saifuddin Abdullah.

 

CONTACT INFORMATION

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.
Jalan Ilmu, Off Jalan Universiti 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-7956 9188
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Read 515 times